suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

A'Famosa Resort Hasilkan Replika Ketupat Terbesar Di Malaysia

Ketupat gergasi menjadi tarikan terkini yang dipamerkan sempena Aidilfitri di A'Famosa Resort, Alor Gajah Melaka.

ALOR GAJAH: A'Famosa Resort mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berjaya menghasilkan replika ketupat  terbesar di Malaysia.

Pengurus Besar A'Famosa Resort, Robert Na berkata, replika ketupat bersaiz 50 kaki persegi tinggi dan 42 kaki persegi lebar itu dihasilkan dengan kos sebanyak RM15,000.

Beliau berkata penghasilan replika berkenaan mengambil masa dua minggu untuk disiapkan sepenuhnya oleh 10 kakitangan pusat peranginan itu.

"Kita bina ketupat gergasi ini menggunakan polistirena yang kita bentukkan sebagai ketupat mini sebelum diikat dengan reben, kira-kira 3,500 mini ketupat digunakan untuk menghasilkan ketupat gergasi ini.

"Replika ini bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam di negara ini tidak lama lagi, ia juga dihasilkan sebagai tarikan pelancong ke AFamosa Resort," katanya menerusi kenyataan di sini, Sabtu.-- Bernama

A'Famosa Resort, ketupat, MBOR

Artikel Lain