suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Daging Lembu, Ayam Dijual Lebih Murah Di Lima Pasar Tani Khas Terengganu - Fama

BESUT: Harga daging lembu akan dijual pada harga tetap RM26 sekilogram, manakala RM7.70 sekilogram bagi ayam di lima Pasar Tani Khas yang bakal dibuka di seluruh Terengganu menjelang Aidilfitri ini.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu, Hassan Jusoh berkata, harga ditetapkan itu lebih murah antara RM1 dan RM2 berbanding harga yang dibekalkan di pasar lain.

Beliau berkata daging lembu dan ayam yang akan dijual di Pasar Tani Khas itu  merupakan daging bersih dengan setiap lemak dan lendirnya diasingkan.

Katanya pasar tani khas itu juga akan memastikan produk keperluan untuk Aidilfitri seperti santan, lada dan sayuran termasuk daun sup dijual berterusan sepanjang tempoh pasar itu beroperasi.

"Pasar Tani Khas di Cukai, Kuala Berang, Kerteh dan Jerteh akan dibuka mengikut jadual operasi biasa manakala Pasar Tani Khas Hiliran akan dibuka pada 15 dan 16 Julai," katanya kepada Bernama, Sabtu.

Beliau berkata, semua harga jualan di Pasar Tani Khas itu adalah terkawal dan berpatutan mengikut kualiti dan kuantiti yang dipantau oleh Fama.

Hassan berkata walaupun sesetengah jenis sayur seperti daun sup yang sebelum ini meningkat harga di seluruh negara, ia akan dijual dengan harga tetap antara RM5 dan RM6 sekilogram di pasar tani khas berkenaan.

Beliau berharap surirumah merebut peluang mendapatkan bekalan bagi persiapan Aidilfitri di pasar tani khas itu yang bakal dibuka di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.-- Bernama

Fama, daging, ayam, Pasar Tani Khas

Artikel Lain