suria

Gangguan Air Di Johor Jejas 164,000 Pengguna

JOHOR BARU: Penduduk di beberapa kawasan di Johor Baru dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air mencukupi bermula 11 hingga 13 Julai kerana kerja membaiki pair utama yang rosak akan dilakukan.

Ketua Komunikasi Korporat SAJ Holdings Sdn Bhd, Jamaluddin Jamil berkata gangguan air selama 48 jam itu akan bermula pada pukul 6 petang Sabtu dan berakhir pukul 6 petang Isnin depan.

Gangguan bekalan air itu akan melibatkan kira-kira 164,000 pengguna.

Beliau berkata paip yang terletak di Jalan Taruka yang membekalkan air kepada tiga tangki air utama rosak kerana aktitiviti penebusgunaan tanah secara berterusan.

Antara kawasan yang terjejas adalah Taman Sentosa, Taman Kebun The, Taman Perbadanan Islam, Taman Melodies, Taman Suria, Kg Kurnia, Taman Putera, Stulang Baru, Kg Dato Sulaiman Menteri, flat Setanggi , flat Larkin , Terminal Bas Larkin, Jalan Garuda, Jalan Dato Jaafar, Stadium Larkin, balai polis Larkin, Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Kondominium Bistari Impian, flat Serantau Baru, Jalan Saksama, Kg Dato Onn, Hospital Pakar Puteri, Jalan Sentosa-Larkin, Poliklinik Kesihatan Larkin, Taman Larkin Perdana, Larkin Idaman, Larkin Jaya, kawasan perindustrian Larkin, Jalan Kilang, Jalan Petaling dan Kolej YPJ.

Kawasan lain yang turut terjejas adalah Taman Sri Bahagia, Taman Damansara Alif, Taman Okid, Kondominium Persiaran Tanjung, Kondominium Amona, Jalan Persiaran Tanjung, Jalan Tampoi, Jalan Padu, Jalan Kukuk, Jalan Hasil, Tampoi Town, Angsana Mall, Taman Kobena, Taman Tampoi, Taman Desa Rahmat, Wisma Hasil, Bandar Baru Uda, Taman Skudai Kanan, Skudai Kiri, Danga Bay dan Kg Usaha Jaya.

Taman Tasek, Taman Kolam Air, Taman Nong Chik, Jalan Straits View, Jalan Paduka, Jalan Tengku Puteri, Hotel Straits View, Hotel MSuite, Kg Mohd Amin, Kondominium Aloha, Maktab Sultan Abu Bakar, Courths Mammoth, Jalan Serama, Jalan Yahya Awal, Jalan Abdul Rahman Andak, Jalan Drapper, Jalan Glendening, Jalan Air Molek, Wisma Persekutuan, Jalan Gertak Merah, Jalan Dato Mentri.

Untuk maklumat lanjut pengguna dinasihati untuk menghubungi pusat maklumat SAJ di talian 1 800 88 7474 atau SMS 019-772 7474 atau e-mel ke [email protected].

Artikel Sebelum

Artikel Lain