suria

Najib Ziarah Sahabat Sedang Sakit

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis menziarah sahabatnya Datuk Azmir Nawawi yang sakit selepas diserang strok dan sakit jantung sejak sembilan tahun lepas.

Najib meluangkan kira-kira 15 minit di kediaman Azmir, 61, di Presint 18 di sini, bertanyakan khabar dan berbual mesra dengan bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan itu.

"Jaga bapa baik-baik," pesan perdana menteri kepada ketiga-ketiga anak Azmir ketika perjumpaan itu.

Selain memberi bantuan kerusi roda, Najib juga menyampaikan kuih raya dan sumbangan peribadi sempena Hari Raya Aidilfitri.

Kehadiran singkat perdana menteri cukup bermakna apabila kegembiraan terpancar pada wajah Azmir yang ditemani isteri Rahimah Baharin, 58.

"Alhamdullilah dapat berjumpa dengan perdana menteri yang mempunyai jadual yang padat.

"Saya faham bukan mudah untuk berjumpa dengannya, lebih-lebih lagi beliau yang datang mengunjungi," kata Azmir.

Najib, Putrajaya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain