suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bantah GST: Rafizi Ramli, Hishamuddin Rais Dibebas

Rafizi (kiri) dan Hishamuddin.

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan aktivis, Hishamuddin Rais dibebaskan dari tahanan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada awal pagi Ahad.

Peguam Rafizi, Sivamalar Genapathy ketika dihubungi berkata, kedua-dua mereka dibebaskan pada kira-kira pukul 1.30 pagi Ahad.

Rafizi dan Hishamuddin ditahan pada Sabtu kerana terlibat dalam perhimpunan Bantah GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata, kedua-dua mereka disiasat kerana perhimpunan haram di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika ini berada di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi merakamkan kenyataannya berhubung perhimpunan tersebut.

Ahli Parlimen Batu itu dilaporkan ditahan di Permatang Pauh, Pulau Pinang selepas menghadiri satu ceramah pada kira-kira 11.30 malam Sabtu.

Pekerjanya, yang enggan dikenali berkata, Tian Chua tiba di Dang Wangi pada kira-kira 3.15 pagi Ahad.

Zainuddin mengesahkan penahanan itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad dan Setiausaha Pengelola PKR, Fariz Musa turut ditahan di Dang Wangi pada pagi Ahad bagi merakamkan kenyataan mereka berhubung perhimpunan Jumaat lalu.

Artikel Lain