suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Shabery Selar Portal Putar Belit Kenyataannya Tentang GST

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyelar tindakan sebuah portal dalam talian yang didakwa memutarbelitkan kenyataannya berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). 

Ahmad Shabery berkata, beliau tidak pernah menyatakan tindakan sebuah pasar raya yang menyerap GST sebagai melanggar undang-undang.

"Saya xpernah ckp Serap GST melanggar undang2, #TheMalaysianInsiderSpin kenyataan saya, xhabis2 buat fitnah TMI ni," katanya dalam tweet terbaharunya pada Ahad.

Pada Sabtu, portal tersebut menerbitkan berita dengan memetik Ahmad Shabery sebagai berkata keputusan yang dibuat rangkaian pasar raya besar Mydin untuk menyerap GST bagi tempoh tiga bulan pertama kepada pengguna boleh dianggap melanggar undang-undang.

Ahmad Shabery Cheek, GST

Artikel Lain