suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Maut Dalam Kebakaran Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut manakala empat lagi anggota keluarganya terselamat dalam kebakaran di rumah teres dua tingkat mereka di Taman Daya di sini pagi Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Johor, Mohd Rizal Buang berkata, pada kejadian kira-kira 7.17 pagi itu, Leng Yoo On, 50, ditemui terperangkap di tingkat atas rumah itu dipercayai lemas akibat terhidu asap tebal.

"Mangsa tidak dapat diselamatkan kerana api telah marak apabila pihak bomba tiba, manakala empat lagi ahli keluarganya berjaya diselamatkan," katanya.

Yang terselamat ialah isteri mangsa dan tiga anak mereka. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini.

Artikel Lain