suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Warga Asing Pecah Rumah Guna Pukau Ditahan

KOTA TINGGI: Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kes pecah rumah melibatkan pukau, ditahan dalam operasi sekitar Taman Sri Saujana, berdekatan Ladang Foh Chong, dekat sini, baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata suspek, yang juga pendatang tanpa izin, berjaya ditangkap setelah bergelut dengan polis walaupun dipercayai mempunyai ilmu pukau.

"Polis turut menemui beberapa jenis tangkal yang dipercayai digunakan untuk pecah rumah. Suspek yang berusia 27 tahun itu didapati tidak memiliki dokumen yang sah untuk tinggal di Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Artikel Lain