suria

Berkhemah Di Luar Penjara Tanda Solidariti - Tian Chua

Sepasukan Polis FRU berkawal di pintu masuk Penjara Sungai Buloh selepas kenderaan yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki perkarangan penjara, Selasa.

PETALING JAYA: Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menghalang penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkhemah di luar Penjara Sungai Buloh sebagai tanda solidariti.

Perkara itu dinyatakan Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika berucap kepada penyokong yang hadir di ibu pejabat parti itu, petang Selasa.

"Saya mendapat tahu ada penyokong yang berhasrat untuk berkhemah di luar penjara.

"Anda boleh berbuat demikian tetapi ia bukan program rasmi parti, tetapi jangan lakukan sebarang tindakan yang boleh menggugat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Kata Tian Chua lagi, kepimpinan parti mahu Anwar terus memimpin pembangkang walaupun berada dalam penjara.

Beliau juga meminta semua ahli parti itu supaya tidak terlalu berpuas hati dan perlu terus menyokong perjuangan parti itu ke arah perubahan.

Terdahulu, Tian Chua memberitahu penyokong yang hadir mengenai Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang tidak hadir pada sesi itu kerana ke penjara untuk menghantar barangan keperluan Anwar termasuk ubat.

"Sebenarnya, bukannya melawat kerana ia tidak dibenarkan lagi tetapi ke sana untuk menghantar ubat dan keperluan peribadi Anwar," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain