suria

Hormati Keputusan Mahkamah - Kerajaan Malaysia

Kenyataan rasmi kerajaan Malaysia berhubung keputusan kes liwat dua Anwar pada Selasa.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Selasa yang menolak rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kenyataan itu memetik seorang jurucakap kerajaan sebagai berkata:

"Hakim-hakim berkenaan membuat keputusan mereka hanya setelah menimbang semua bukti secara berimbang dan objektif. Malaysia mempunyai badan kehakiman yang bebas dan sebelum ini terdapat banyak juga keputusan yang membawa hukuman terhadap tokoh kerajaan.

"Laporan polis terhadap Anwar Ibrahim dibuat seorang individu secara peribadi - pekerja dan pembantu peribadi Anwar - bukan oleh kerajaan. Sebagai mangsa serangan seksual yang serius, dia berhak membawa kesnya ke mahkamah.

"Dalam kes ini, semua proses dilaksanakan dengan lengkap dan komprehensif, yang memakan masa beberapa tahun. Proses itu kini selesai dan kami menyeru semua pihak terbabit supaya menghormati proses undang-undang dan keputusan penghakiman."

Artikel Berikut

Artikel Lain