suria

Gobalakrishnan Direman Empat Hari Berhubung Dakwaan Di Twitter

Gobalakrishnan diiringi anggota polis selepas mendapat perintah reman terhadapnya di Mahkamah Majistret George Town, Selasa.

GEORGE TOWN: Bekas anggota Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan direman empat hari bermula Selasa bagi membantu siasatan berhubung tweet yang mendakwa terdapat pegawai polis di Pulau Pinang melindungi kumpulan kongsi gelap Geng 04 dalam kegiatan dadah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supritendan Abdul Rahman Ahmad berkata,  pihaknya berharap dengan tempoh reman itu, polis dapat melengkapkan siasatan ke atas anggota parlimen dari PKR berumur 55 tahun itu.

"Mahkamah membenarkan bekas ahli parlimen itu ditahan reman selama empat hari bermula Selasa bagi membantu siasatan berhubung tiga kertas siasatan yang telah polis buka.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan  jenayah dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Selasa.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya menerima satu laporan polis daripada  sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung tweet bekas anggota parlimen itu.

Gobalakrishnan ditahan di rumahnya di Kulim, Kedah pada pukul 3.30 petang Isnin selepas enggan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk diambil keterangan berhubung dakwaannya itu.

Gobalakrishnan melalui twitternya pada 6 Feb menulis "Some Penang Indian police officers are strongly backing 04 gang which deals with drugs".

Gobalakrishnan, Padang Serai, Geng 04

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

"Jangan Hantar Saya Ke Penjara"

Artikel Lain