suria

Polis Rekod Keterangan Ismail Sabri

Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR: Polis pada Isnin telah mengambil keterangan daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kenyataannya berkaitan boikot peniaga yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Ismail Sabri hadir ke Bukit Aman kira-kira pukul 3.15 petang untuk memberi keterangan.

"Selepas ini, kita akan memanggil semua pihak yang membuat kenyataan balas iaitu daripada MCA, Gerakan dan DAP untuk rakaman percakapan selain membantu siasatan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi malam Isnin.

Baru-baru ini, Ismail Sabri dalam satu kenyataan meminta rakyat memboikot pemborong dan peniaga yang masih enggan menurunkan harga barang dan langkah boikot itu akan memberi manfaat kepada semua kaum di negara ini.



Ismail Sabri Yaakob, PDRM

Artikel Lain