Tun M: Semua Pihak Perlu Terima Keputusan Rayuan Akhir Anwar Ibrahim - Semasa | mStar

Tun M: Semua Pihak Perlu Terima Keputusan Rayuan Akhir Anwar Ibrahim

Dr Mahathir Mohamad

BANGI: Semua pihak perlu menerima keputusan Mahkamah Persekutuan pada Selasa berhubung rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabit Mahkamah Rayuan atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana negara ini ditadbir mengikut undang-undang dan semua pihak perlu menerimanya.

"Negara ini ditadbir oleh undang-undang. Biarlah sistem perundangan yang menentukannya. Saya tidak ada apa-apa ulasan tentang perkara ini. Apa jua yang mereka putuskan, kita perlu terima," katanya kepada pemberita ketika ditanya berhubung sebarang kemungkinan melibatkan keputusan rayuan ketua pembangkang itu, di sini, Isnin.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang melakukan kesalahan, tanpa mengira pangkat dan kedudukan, perlu menerima hukuman sekiranya bersalah.

"Tidak bermakna apabila anda seorang pemimpin besar, anda lakukan jenayah, anda tidak boleh dihukum. Kita semua sama di sisi undang-undang. Jika anda melakukan sesuatu kesalahan, anda perlu dihukum dengan cara yang sama," katanya.

Kepada orang ramai yang mengikuti perkembangan kes Anwar, Dr Mahathir berkata, mereka juga perlu menerima sebarang keputusan yang ditetapkan.

"Jadi kalau mahkamah berpendapat dia tak salah kita terima sajalah," katanya.

Esok, Anwar yang disabitkan oleh Mahkamah Rayuan bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, akan tahu sama ada beliau akan meringkuk di tirai besi atau bebas.

Ini akan terjawab apabila Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusan yang ditunggu-tunggu berhubung rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya itu, tujuh tahun lepas.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain