suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juruterbang AirAsia Indonesia Dilapor Positif Dadah

Seorang juruterbang AirAsia Indonesia dilaporkan positif selepas menjalani pemeriksaan dadah di Lapangan Terbang Ngurah Rai di Denpasar, Bali pada Khamis, lapor portal berita Kompas.

PETALING JAYA: Seorang juruterbang AirAsia Indonesia pada Khamis dilaporkan positif dadah dalam satu pemeriksaan yang dijalankan selepas beliau menerbangkan pesawat dari Jakarta ke Bali.

Portal berita Indonesia, Kompas memetik Pegawai Khas Kementerian Pengangkutan Indonesia, Hadi M Diuraid sebagai berkata, juruterbang berkenaan menjalani ujian dadah pada pagi Khamis selepas pesawat QZ7510 mendarat di Lapangan Terbang Ngurah Rai di Denpasar, Bali pada pukul 8.50 pagi waktu tempatan.

Menurut laporan itu, juruterbang tersebut dijadualkan membuat penerbangan semula ke Jakarta pada pukul 9.20 pagi hari yang sama.



Artikel Berikut

Artikel Lain