suria

ASNB Umum Dividen 6.45 Sen Untuk 2014

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), pada Selasa mengumumkan agihan pendapatan 6.45 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2014, sama seperti agihan pendapatan tahun lepas.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sejumlah RM107.57 juta, dan akan memberi manfaat kepada 1.26 juta pemegang unit yang kini memiliki sejumlah 1.66 bilion unit ASN.

"Sehingga 22 Dis, ASN mencatat pendapatan kasar RM138.99 juta," katanya pada sidang media selepas pengumuman dividen itu di sini hari ini.


ASNB, PNB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain