suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 12 Tahun Maut Akibat Denggi Dan Kencing Tikus

MELAKA: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang meninggal dunia di sini pada Isnin akibat demam denggi juga didapati positif leptospirosis atau penyakit kencing tikus, kata Pengarah Hospital Melaka Datuk Dr Za'aba Baba pada Selasa.

Umar Abd Qayyum Yassir Arafat dari Tampin, Negeri Sembilan meninggal dunia di hospital itu pada 6.12 petang semalam, katanya, sambil menambah kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital itu pada 10.15 malam Ahad lepas.

"Sebab kematian kerana denggi sekunder yang teruk dengan pendarahan akibat kejutan dan kegagalan organ yang pelbagai...pesakit juga positif leptospirosis," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau juga berkata siasatan masih dijalankan.


Denggi, Melaka, Kencing Tikus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain