suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tahan Seorang Lelaki Kes Kekecohan Piala AFF Suzuki

Penyokong skuad Harimau Malaya ditahan kerana mencetuskan kekecohan ketika perlawanan menentang Vietnam pada Ahad malam.

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki berumur 20-an susulan insiden kekecohan semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam, Ahad malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, lelaki itu dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam bagi tujuan soal siasat dan dibebaskan beberapa jam kemudian dengan jaminan polis.

"Seorang penyokong pasukan Vietnam cedera dalam pergaduhan antara kedua-dua penyokong ketika perlawanan memasuki minit ke-85, tetapi hasil tindakan pantas polis insiden berkenaan berjaya dileraikan," katanya dalam kenyataan media yang diedarkan pada Isnin.

Dalam perlawanan semalam menyaksikan skuad Harimau Malaya kecundang di laman sendiri selepas kalah 2-1 kepada Vietnam. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain