suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wee Ka Siong.
KUALA LUMPUR: MCA Sabah telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk meneliti secara terperinci laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) di Sabah. 

Menyatakan demikian, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata: 
 
"Saya dimaklumkan mengenai penubuhan jawatankuasa itu dua hari lalu. Ini satu langkah positif kerana hanya rakyat Sabah memahami masalah sebenar (Pati)
di Sabah".

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan seminar Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) anjuran stesen radio 988 di sini, hari ini. 

CBP akan mula dilaksanakan pada 1 April tahun depan pada kadar enam peratus bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 15 peratus sekarang. 

Menyentuh mengenai CBP, Wee yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengingatkan syarikat yang belum berdaftar agar berbuat demikian kerana mereka mempunyai masa sehingga 31 Disember ini. 

Kerajaan menyasarkan 300,000 syarikat berdaftar dengan CBP menjelang akhir tahun ini. 



MCA, RCI, pasukan khas

Artikel Lain