suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peranan Kementerian Pendidikan Penting - TPM

Reaksi spontan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (tengah) ketika menyertai acara sukaneka semasa hadir ke sambutan Hari Keluarga Kementerian Pendidikan Malaysia di serdang, Selangor pada Ahad.

SERDANG: Peranan warga Kementerian Pendidikan semakin penting berikutan penekanan terhadap pendidikan, yang menjadi perkara utama pada masa kini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata amanah dan tanggungjawab besar harus digalas dengan baik oleh warga kementerian untuk terus memartabatkan sistem pendidikan negara termasuk melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

"Kalau dikira bilangan pegawai, termasuk semua kakitangan dan guru serta keluarga, pastinya jumlahnya lebih daripada sejuta manusia yang terlibat, menunjukkan Kementerian Pendidikan ini kementerian yang begitu penting," katanya ketika melancarkan Hari Keluarga Kementerian Pendidikan di sini, Ahad.

Beliau berkata antara perkembangan bidang pendidikan yang menjadi perhatian adalah mengenai pengajaran Bahasa Mandarin, yang dibincangkannya bersama pemimpin-pemimpin China semasa lawatannya ke negara itu baru-baru ini, selari dengan suara yang menuntut anak-anak diberi peluang mempelajari bahasa ketiga.

Menurutnya kerajaan China bersetuju membantu Malaysia menyediakan tenaga pendidik mahir dalam Bahasa Mandarin untuk ditempatkan di sekolah-sekolah bagi membantu guru Bahasa Mandarin yang telah dilantik dan akan dilantik pada masa akan datang.

"Inilah tujuannya untuk memperkayakan bahasa selain daripada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita sebagaimana yang telah juga disuarakan dalam kita merangka pelan pembangunan pendidikan," kata Muhyiddin.

Pada masa yang sama, katanya, program pengantarabangsaan Bahasa Melayu yang turut dilancarkan beliau di negara itu diharap berjaya memperkembangkan bahasa kebangsaan itu di China.

"Di negara China ada lapan buah universiti yang sudah pun memulakan program pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu misalnya," kata beliau.

Pada Hari Keluarga itu, Muhyiddin turut menyertai acara senam robik dan sukaneka bersama warga kementerian.

Hadir sama isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh serta Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan dan Datuk Mary Yap Kain Ching.


Kementerian Pendidikan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain