Keldai Dadah Pakistan Tumpas - Semasa | mStar

Keldai Dadah Pakistan Tumpas

Noor Rashid (tengah) menunjukkan beberapa jenis dadah yang dirampas minggu lalu kepada media, Selasa.

KUALA LUMPUR: Penahanan dua rakyat Pakistan yang melekatkan bungkusan dadah yang keseluruhannya seberat 6.3 kilogram (kg) pada betis masing-masing membongkar trend terbaharu penyeludupan bahan terlarang itu di negara ini.

Kedua-duanya lelaki berusia antara 27 dan 29 tahun yang dipercayai keldai dadah itu ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan, polis merampas dua bungkus heroin yang masing-masing seberat 3.1 kg dan 3.2 kg yang dilekatkan di kanan dan kiri betis rakyat Pakistan itu.

Beliau berkata, sindiket yang berpangkalan di Pakistan ini cuba mengaburi mata pihak berkuasa apabila memasuki negara ini menggunakan penerbangan dari Bangkok.

"Sebelum ini, sindiket ini terus ke Malaysia dan penerbangan dari Bangkok itu adalah satu taktik," jelasnya pada sidang media di Bukit Aman, pada Selasa.

Noor Rashid berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya percaya wujud peningkatan aktiviti pengedaran dadah jenis heroin dalam kalangan warga Pakistan kerana 
sebelum ini dua suspek dari negara sama ditahan pada 6 Ogos lalu.

Sementara itu, pihak JSJN berjaya merampas pelbagai jenis dadah mencecah RM2.1 juta membabitkan 5.5 kg pil ekstasi, 2.3 kg pil erimin 5 dan dua kg syabu pada Ahad lalu.

"Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita tempatan serta seorang lelaki warga Sri Lanka dalam serbuan ke atas dua kereta di Hutan Rimba Ampang.

"Susulan itu, seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai ketua sindiket dadah ditahan di Cheras sebelum menyerbu sebuah rumah di Bukit Damansara dan merampas 2.8 kg pil ekstasi serta dua kg syabu yang dibungkus dalam bungkusan kopi segera," jelasnya.

Beliau berkata, semua yang ditahan selama tujuh hari itu berumur 21 hingga 39 tahun bagi siasatan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Noor Rashid berkata, tumpasnya dua kes penyeludupan dan pengedaran dadah ini adalah hasil pemerhatian rapi JSJN dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting).

erimin , ekstasi , pakistan , pdrm STING

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Isu MB Selangor: PAS Arah Kunci Mulut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain