suria

Warga Emas Maut Dirempuh Keretapi

IPOH: Seorang warga emas maut dilanggar keretapi di km 190, Lahat berhampiran Taman Halaman Sentosa di sini, Isnin.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, Din Chik, 84, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, patah tangan serta kaki.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata mangsa dari Kampung Seri Murni, Pasir Putih di sini cuba melintas landasan tersebut sebelum terpelanting ke tepi akibat rempuhan keretapi itu yang dalam perjalanan dari Ipoh ke KualaLumpur.

"Polis bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang melakukan pemeriksaan menemui mangsa terbaring di tepi landasan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata polis sedang menjalankansiasatan lanjut.

Mayat dibawa ke HospitalRaja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedahsiasat, katanya.

Difahamkan di tempat kejadian polis turut menemui kunci kereta, tongkat dan kopiah putih dipercayai milik lelakiitu.

Ipoh

Artikel Lain