suria

Khairy Berbangga PKR Yakin Umno Boleh Rampas Kuasa Di Selangor

Khairy Jamaluddin.
Khairy Jamaluddin.

PUTRAJAYA: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin 'berbangga' bahawa PKR percaya Umno berupaya menumbangkan Pakatan Rakyat yang memerintah di Selangor.

Beliau menyifatkan ia sebagai 'perkara tidak masuk akal' pernah didengarnya pada tahun ini kerana Pakatan Rakyat memenangi lebih dua pertiga kerusi majoriti di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Mei tahun lalu.

"Saya amat berbangga bahawa PKR percaya Umno boleh merampas semula Selangor," katanya kepada The Star Online.

Rafizi Ramli, yang juga Pengarah Strategi PKR, mendakwa Umno akan berusaha merampas kembali negeri itu dengan 'apa jua cara sekalipun' di tengah-tengah spekulasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dikeluarkan daripada jawatanya.

Oleh itu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan, percaya Pilihan Raya Kecil Kajang merupakan satu pembaziran masa kerana masih ada beberapa perkara lain yang perlu dibimbangkan.

"Dia (Datuk Sri Anwar Ibrahim) adalah pemimpin berkelas dunia yang disegani tetapi dia tidak boleh menyelesaikan masalah dalaman di antara Azmin dan Khalid serta perlu mengatur PRK," kata Khairy.

PRK Kajang yang dijadualkan pada 23 Mac itu diadakan susulan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Chieh yang didakwa sebagai memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi itu.

Tindakan Anwar itu dianggap ramai pihak sebagai satu cara untuk menyelesaikan kelemut dalaman antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Timbul khabar angin bahawa Anwar bertanding bagi mencampuri urusan politik di negeri itu dan seterusnya mengambil alih jawatan Khalid.

Khairy berkata, beliau juga enggan melayan protes Kangkung dan bantahan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok atau mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang diadakan untuk menyemarakkan kebencian.

"Saya enggan memikirkan mengenai perkara itu, sejujurnya. Saya tidak terlalu memikirkan kedua-dua pihak," katanya.

Artikel Lain