suria

Budak 2 Tahun Maut Digilis Kenderaan Datuknya

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun maut selepas digilis kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu datuknya di rumah mereka di Taman Lembah Damai, Kerling dekat Hulu Selangor malam Khamis.

Dalam kejadian pada pukul 9.40 malam itu, mangsa, Sharvina Muniandy maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Shukri Yaacob berkata, semasa kejadian datuk mangsa, Krishnan Marimuthu, 59, sedang memasukan kereta ke kawasan rumah mereka.

"Pada masa sama juga, Sharvina tanpa dikawal dan diketahui oleh ahli keluarga telah berlari ke arah depan kereta yang sedang bergerak.

"Berikutan itu, mangsa telah dilanggar oleh kenderaan tersebut dan dia ditemukan berada di bawah kereta dalam keadaan parah sebelum dibawa ke Hopital Kuala Kubu Baru.

"Sebaik sahaja tiba di hospital, doktor mengesahkan yang mangsa telah meninggal dunia akibat kecederaan di kepala," katanya.

Tambahnya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan kini ia diklasifikasikan sebagai kes kemalangan maut.

Artikel Berikut

Artikel Lain