suria

Ahli Majlis Perbandaran dan Daerah MCA Wajib Fasih Bahasa Melayu - Ka Siong

Datuk Dr Wee Ka Siong
Datuk Dr Wee Ka Siong

SEREMBAN: MCA negeri ini akan membenarkan wakilnya yang fasih berbahasa Melayu sahaja untuk menjawat jawatan sebagai ahli majlis perbandaran dan daerah kata ketuanya, Datuk Dr Wee Ka Siong.

"Keputusan ini merupakan syarat kepada mereka yang akan menjadi orang tengah antara kerajaan dan rakyat. Mereka yang dilantik juga mesti dapat menyampaikan dengan jelas kepada pihak berkuasa mengenai permintaan rakyat.

"MCA negeri akan melakukan saringan yang sitematik bagi memilih calon yang mampu selain mereka dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik," katanya pada sidang media pada Jumaat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan kini telah menangguhkan perkhidmatan ahli majlis perbandaran dan daerah sehingga 31 Mac sebelum perlantikan baharu dibuat.

Dr Wee berkata, calon yang dipilih oleh MCA perlu ditemuduga oleh parti sebelum mereka menjadi ahli majlis.

Temuduga ini akan menguji penguasaan Bahasa Melayu calon dan ianya menjadi sebahagian darpada cara membina kepimpinan diri dan semangat berpasukan mereka.

Timbalan Presiden MCA itu memberitahu, urusan temuduga berkenaan akan dimulakan selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Menurutnya, selepas temuduga ahli majlis, pihaknya akan membuat lantikan bagi mengisi jawatan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang terdiri daripada masyarakat setempat.

Artikel Lain