suria

Pemilihan MCA: Donald Lim Umum Tanding Timbalan Presiden

Donald Lim mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan MCA yang akan diadakan pada 21 Disember ini.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim akan bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti yang akan diadakan pada 21 Disember ini.

Beliau akan menentang Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong yang telah mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan berkenaan pada 27 November lalu.

Bercakap kepada pemberita di Wisma MCA di sini pada Selasa, Lim berkata dengan pengalaman lebih 30 tahun menyumbang bakti dalam MCA dan berkhidmat di empat kementerian, beliau yakin dapat membantu untuk memulihkan parti.

Beliau turut berharap pemilihan parti akan berlangsung secara adil, dan tidak ada serangan peribadi dilakukan terhadap calon yang bertanding.

Penyandang jawatan timbalan presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai, naib presiden, Gan Ping Sieu dan bekas presiden, Datuk Seri Ong Tee Keat telah mengumumkan hasrat masing-masing untuk bertanding jawatan tertinggi parti pada pemilihan kali ini.

Artikel Lain