suria

Najib Pengerusi Mesyuarat Pertama Majlis Tertinggi Umno Selepas Pemilihan

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) sejurus tiba untuk mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, malam Khamis. Turut hadir Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Menara Dato' Onn Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam Khamis untuk mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tertinggi Umno selepas pemilihan parti itu bulan lepas.

Ketibaan presiden Umno pada 8.20 malam disambut timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Setiausaha Kerja Datuk Ab Rauf Yusoh dan anggota-anggota MT.

Mesyuarat bermula 9 malam ini dan antara lain dijangka membincangkan lantikan anggota Majlis Tertinggi baharu.

Ia juga dijangka membincangkan persediaan bagi Perhimpunan Agung Umno 2013 yang akan diadakan di sini 2 hingga 7 Disember. - BERNAMA

Artikel Lain