suria

Pemilihan Umno: 'Sumpah Laknat' Kekang Politik Wang

BUTTERWORTH: Seorang calon Umno menggesa mereka yang bertanding pada pemilihan parti supaya melakukan 'sumpah laknat' bagi mengekang politik wang.

Calon bagi Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, wang politik masih berlaku dan langkah-langkah perlu diambil untuk menghentikan 'virus' politik wang.

"Badan pemantau Umno masih lagi lemah kerana tenaga kerja tidak dilatih untuk mengesan modus operandi politik wang," katanya.

Khairuddin berkata, sumpah laknat akan menjadi efektif kerana orang-orang Melayu yang mempunyai prinsip yang lemah bimbang untuk membuat sumpah berkenaan.

Artikel Berikut

Artikel Lain