suria

5 Anggota Kumpulan Kongi Gelap Maut Berbalas Tembakan Dengan Polis P. Pinang

MAYAT PENJENAYAH... Anggota polis membawa keluar salah satu daripada lima mayat penjenayah yang ditembak mati oleh anggota polis di sebuah pangsapuri di Sungai Nibong di George Town awal pagi Isnin. Polis Pulau Pinang menyerbu sebuah apartment di Sungai Nibong dan menembak mati lima lelaki dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap Gang 04.
 -FotoBERNAMA

GEORGETOWN: Lima lelaki yang disyaki ahli kongsi gelap 04 dan terbabit dengan beberapa kes bunuh dan tembak di negeri ini maut apabila berbalas tembakan dengan polis di dalam sebuah pangsapuri di Century Bay, Jalan Pantai Jerejak, Sungai Nibong.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi apabla sepasukan pegawai dan anggota polis bertindak melakukan serbuan di rumah berkenaan hasil intipan dan maklumat awam yang diterima.

Kelima-lima suspek dipercayai berusia pada awal 20 an, turut dipercayai terlibat dengan beberapa kes tembakan yang berlaku di negeri itu.

Difahamkan pihak polis telah memantau aktiviti kumpulan tersebut sebelum menyerbu lokasi persembunyian mereka di tingkat 11 pangsapuri berkenaan pada awal pagi Isnin.

Polis kini sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Kes tembakan yang berlaku hampir setiap hari di negara ini dikaitkan dengan spekulasi berlakunya pergeseran antara kumpulan kongsi gelap.

Pada 8 Ogos lalu, seorang peniaga skrap K. Veerappan, 37, ditembak mati ketika dia memberhentikan keretanya di persimpangan lampu isyarat Jalan Anson.

Seorang pemandu motosikal bersama pemboncengnya melepaskan 14 das tembakan , dengan 10 das mengenai leher, pipi dan abdomen Veerappan.

Terdahulu pada hari yang sama, seorang penembak melepaskan enam das tembakan di rumah banglo milik seorang peniaga di Jalan Utama.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut dan ia dipercayai hanyalah satu cubaan kumpulan kongsi gelap memberi amaran kepada peniaga tersebut.

Pada 9 Ogos pula, kes kejadian tembakan ketiga berlaku di Jalan Datuk Keramat, menyebabkan seorang pengawal cedera di bahagian peha.

Seorang penembak melepaskan enam das tembakan namun hanya satu yang mengenai mangsa.

Kejadian tersebut dipercayai melibatkan ketua kumpulan geng kongsi gelap Si Lian yang turut dikenali dengan geng 04.

Artikel Lain