Warga Iran Dikehendaki AS Bebas, Dibenar Pulang Ke Tanah Air - Semasa | mStar

Warga Iran Dikehendaki AS Bebas, Dibenar Pulang Ke Tanah Air

PUTRAJAYA: Seorang anak VIP dari Iran, Sajad Farhadi, yang dikehendaki pihak berkuasa Amerika Syarikat, dibebaskan dan akan berlepas pulang ke negaranya malam Khamis.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan yang sebulat suara menolak rayuan Menteri Dalam Negeri, pengarah Penjara Sungai Buloh, Kementerian Dalam Negeri dan Peguam Negara berhubung perintah Mahkamah Tinggi pada 2 Ogos lepas yang membebaskan Sajad daripada tahanan selepas membenarkan permohonan habeas corpus warga Iran itu.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan pemberita bahawa Sajad, 34, akan cuba mendapatkan penerbangan ke Iran malam ini dan perjalanan beliau ke lapangan terbang akan diiringi pihak berkuasa.

Muhammad Shafee juga berkata memandangkan visa Sajad telah tamat tempoh, beliau akan diberi pas khas untuk keluar dari Malaysia.

Terdahulu, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan habeas corpus Sajad.

"Kami akan memberi penghakiman bertulis kemudian," kata Raus yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha. Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan itu pada sebelah petang selepas menolak permohonan untuk menangguhkan perintah pembebasan Sajad pada prosiding pagi Khamis.

Dalam penghakimannya, Raus berkata Mahkamah Persekutuan tidak boleh membenarkan penangguhan perintah pembebasan selepas seseorang itu berjaya dalam permohonan habeas corpus yang dikemukakannya.

"Kita akan menjadi negara yang pertama di dunia, jika bukan dalam Komanwel, yang berbuat demikian jika penangguhan perintah pembebasan ini dibenarkan," katanya. Sajad ditahan di negara ini kerana melanggar undang-undang Imigresen Malaysia dan perintah penahanan itu berakhir hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan perayu untuk menangguhkan perintah pembebasan Sajad.

Pada 11 Nov tahun lepas, Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pendakwaan untuk memudahkan Kementerian Dalam Negeri mengekstradisi Sajad ke Amerika Syarikat.

Sajad dikehendaki Amerika Syarikat berhubung lebih 30 pertuduhan melanggar sekatan perdagangan terhadap Iran, pemalsuan dan penyeludupan barangan di daerah utara California.

Beliau kemudian memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi, ketika membenarkan permohonan Sajad, turut mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen yang memerintahkan lelaki itu diekstradisi ke Amerika Syarikat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain