suria

Goonasekaran Ganti Deventhiran Sebagai Ketua MIC Pahang

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel telah melantik R. Goonasekaran sebagai Pengerusi Badan Perhubungan MIC Pahang yang baharu menggantikan Datuk M. Deventhiran.

Goonasekaran merupakan timbalan pengerusi MIC negeri.

"Sebagai pengerusi negeri yang baharu, nasihat saya kepada Goonasekaran supaya turun ke padang dan menangani masalah rakyat di peringkat akar umbi.

"Beliau perlu menjelajah seluruh Pahang dan menemui pengerusi cawangan parti, ahli jawatankuasa dan anggota cawangan serta orang awam," katanya dalam kenyataan di sini Ahad.

Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, turut mengucapkan terima kasih kepada Deventhiran atas jasa dan khidmat baik beliau kepada rakyat selama ini. - BERNAMA

Artikel Lain