suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umno Akan Calonkan Tokoh Yang Disenangi Penduduk Kuala Besut

BESUT: Umno Bahagian Besut akan menyenaraikan nama tokoh-tokoh anak tempatan yang disenangi penduduk Kuala Besut kepada Perdana Menteri untuk dicalonkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut tidak lama lagi.

Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata Umno mempunyai ramai calon yang layak yang berasal dari Kuala Besut untuk dicalonkan.

"Kita mempunyai ramai calon yang berkaliber dan disenangi rakyat terdiri dari tokoh pendidik, tokoh agama, pegawai pentadbir yang semuanya akan ditentukan oleh PM selepas ini," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan PRK dengan Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dan barisan UMNO Perhubungan Negeri di Damai Beach resort di sini, Ahad.

Menurutnya, Kuala Besut masih merupakan kawasan luar bandar dan majoriti penduduknya terdiri dari kaum nelayan yang berfikiran sederhana tetapi mesra. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain