Bekas Ahli Parlimen Labuan Dilepaskan Dari Status Bankrap Oleh Mahkamah Tinggi

LABUAN: Mahkamah Tinggi Labuan telah mengetepikan notis kebankrapan terhadap bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, sekali gus status muflis terhadapnya dilepaskan.

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Duncan Sikodol.

Pada 10 Mac 2010, Suhaili, 50, didenda RM10,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Sesyen kerana gagal memaklumkan kepada pegawai Malayan Banking Berhad mengenai status muflisnya ketika bertindak sebagai penjamin kepada syarikat Saraequity Sdn Bhd pada 3 April 1996.

Pada tarikh tersebut, Saraequity mengemukakan permohonan pinjaman berjumlah RM110,000 dan kemudahan overdraf sebanyak RM50,000 untuk membeli sebuah unit apartmen di tingkat dua Pusat Api-Api, Kota Kinabalu.

Suhaili, yang juga bekas ketua Umno bahagian Labuan, didakwa mengikut Seksyen 109(1)(m)(ii) Akta Kebankrapan 1967 yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Beliau diisytiharkan muflis menerusi perintah mahkamah bertarikh 19 Februari 1993 yang hanya ditarik balik pada 9 Mei 1997.

Pada 16 Mac tahun yang sama, Suhaili memfailkan notis rayuan dan usul untuk semakan terhadap sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen.

Pada 27 September 2010, Mahkamah Tinggi mengetepikan sabitan dan hukuman terhadap Suhaili dan mengarahkan denda yang dibayar oleh ahli politik itu dikembalikan.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kebankrapan Suhaili telah dibatalkan kerana dia tidak sepatutnya diisytihar muflis terlebih dahulu. - BERNAMA

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain