Umno Kelantan Bantu Pastikan DUN Kuala Besut Kekal Di Tangan BN

KOTA BAHARU: Umno Kelantan akan membantu Umno Terengganu dalam memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu kekal di tangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN itu nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau telah mengarahkan Umno Bahagian Pasir Puteh, yang merupakan daerah jiran, supaya segera turun padang membantu jentera pilihan raya BN di DUN itu.

"Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman yang merupakan ADUN Semerak adalah bekas guru di Kuala Besut dan beliau ada pengaruh di situ dan saya sudah minta Umno bahagian itu untuk segera membantu.

"DUN Kuala Besut ini merupakan 'anak angkat' saya, sudah tentu saya mahukan Kuala Besut ini terus kekal dipertahankan BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung kali pertama Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Cawangan Kelantan di sini, Sabtu.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pada Selasa lepas akibat kanser paru-paru.

Allahyarham merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri.

Pada pilihan raya umum ke-13, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN itu dengan mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Sementara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berjanji akan menyelesaikan masalah petani Kelantan yang mendakwa tidak mendapat pelbagai bantuan termasuk subsidi seperti yang dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini.

Pada persidangan itu, beberapa penyokong kerajaan negeri mendakwa petani di beberapa jajahan negeri itu tidak menerima beberapa peruntukan termasuk subsidi padi.

Berikutan itu, petani berkenaan didakwa akan memboikot musim baru penanaman padi dan juga akan menyekat pengaliran air yang melalui sawah mereka. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain