suria

Kerajaan Akan Kaji Semula Garis Panduan Ambil Pekerja Asing - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid.
Ahmad Zahid.
Ahmad Zahid.

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengkaji semula garis panduan untuk menggaji pekerja asing bagi mengekang penganiayaan yang berleluasa dan memperbaiki keadaan kerja, termasuk pakej insurans, perlindungan perubatan, perumahan dan bayaran keselamatan yang lebih baik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa.

“Pusat tahanan kami (Jabatan Imigresen) sudah penuh dan tidak ada ruang yang cukup (kerana), terlalu ramai yang menyalahgunakan pas lawatan sosial, visa pelajar dan permit kerja untuk pekerja asing.

“Pekerja asing juga turut memberikan kos kepada kerajaan iaitu kira-kira RM26 juta dalam bil hospital yang tidak dijelaskan,” kata Ahmad Zahid pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kakitangan kementerian pada Selasa.

Ia dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jawatankuasa Kabinet bagi Pekerja Asing itu juga akan menangani isu penganiayaan yang semakin menjadi-jadi.

Zahid berkata, perbincangan telah diadakan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengenai polisi mereka untuk pekerja asing.

UAE mempunyai 4.6 juta tenaga kerja asing dengan jumlahnya melebihi populasi rakyat tempatan seramai 500,000 orang.

Kajian semula mengenai garis panduan penggajian itu akan membanding sistem yang digunakan di negara-negara lain, seperti UAE dan Singapura, dan akan meliputi semua negara dari mana Malaysia mendapatkan sumber tenaga kerja asingnya.

“Kami akan memberikan mereka (pekerja asing) keperluan kehidupan asas kerana kami tidak mahu Malaysia dituduh sebagai negara yang tidak memberikan layanan sama rata kepada pekerja asing.

“Para majikan seharusnya tidak menjadikan pekerja asing sebagai mangsa.

“Walaupun sebahagian mereka (pekerja asing) mungkin terlibat dalam aktiviti yang tidak baik, sebahagian mereka yang lain membantu dalam pertumbuhan ekonomi kita dan kita dapat melihat (menerusi kajian) dari pelbagai sudut (termasuk) perundangan, kemanusiaan dan kebajikan mereka,” katanya.

Artikel Lain