Najib: Ramai Pekerja Masih Dibayar Di Bawah Paras Gaji Minimum

KUALA LUMPUR: Ramai pekerja masih dibayar di bawah paras gaji minimum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini masih berlaku disebalik majikan mereka mencatatkan keuntungan besar dan dasar gaji minimum telah diperkenalkan tahun lepas.

Perdana Menteri berkata ini mempersendakan logik dan keadilan.

"Jika kita mahu menjadi sebuah masyarakat yang lebih maju dan inklusif, kebajikan pekerja mesti diberi keutamaan. Saya minta semua majikan melakukan komitmen untuk membayar pekerja mereka gaji yang sewajarnya," katanya dalam ucaptama pada Invest Malaysia 2013 di sini Khamis.

Malaysia memperkenalkan Dasar Gaji Minimum pada Julai tahun lepas dan majikan diberi tempoh sehingga awal tahun ini untuk mula mematuhi peratuaran baharu itu.

Gaji minimum di Semenanjung Tanah Melayu ditetapkan RM900 sebulan manakala di Sabah dan Sarawak RM800 sebulan.

"Kita perlu memastikan kita menyediakan syarat pekerjaan yang saksama di semua peringkat tenaga kerja," katanya.

Dalam memastikan kesaksamaan gender dalam dunia perniagaan di Malaysia, Perdana Menteri berkata beliau menggalakkan semua syarikat senaraian awam dan syarikat berkaitan kerajaan, secara sukarela mendedahkan kadar penyertaan wanita, daripada peringkat lembaga pengarah dan ke bawah.

Beliau juga menggesa syarikat memanfaatkan insentif dalam belanjawan persekutuan untuk menawarkan kemudahan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja bagi membolehkan pekerja wanita mengseimbangkan antara komitmen kerja dan keluarga.

Beliau berkata dengan memanfaatkan insentif itu menawarkan kemudahan pusat jagaan kanak-kanak, rakyat Malaysia akan mempunyai peluang samarata untuk berkembang maju dalam kerjaya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain