suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

23 GRO Rakyat Asing Ditahan Di George Town

GEORGE TOWN: Polis menahan 23 wanita rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Pulau Tikus malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP, Gan Kong Meng berkata, mereka yang terdiri daripada 20 rakyat China, dua Vietnam dan seorang Thailand itu ditahan ketika melayan pelanggan dalam premis berkenaan.

"Kesemua wanita berusia antara 20 dan 30 tahun itu didapati menyalahguna pas lawatan sosial dan dipercayai turut menawarkan khidmat seks," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang disyaki menjadi pelindung kepada GRO terbabit dan merekodkan keterangan daripada lima pelanggan lelaki dan pekerja pusat hiburan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain