suria

Kementerian Pelajaran Dan Pengajian Tinggi Digabung

PUTRAJAYA: Pengumuman senarai kabinet yang baru pada Rabu menyaksikan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi digabung di bawah satu kementerian.

"Menteri Pertama (I) ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala Menteri Kedua (II) pula adalah Datuk Seri Idris Jusoh.

"Timbalan Menteri I ialah Datuk Mary Yap Kain Ching dan Timbalan Menteri II, P. Kamalanathan," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan senarai barisan Kabinet baru di sini, Rabu.

Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sebelum ini dipimpin secara berasingan oleh menteri masing-masing iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Artikel Lain