suria

Berhenti Buat Kenyataan Mengenai Hudud Bagi Pihak DAP - Kata Dr Boo Pada PAS

Dr Boo Cheng Hau
 Dr Boo Cheng Hau
Dr Boo Cheng Hau

JOHOR BARU: DAP menegur Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din kerana memberi kenyataan mengenai kewajipan pelaksanaan hukum Hudud sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah, sebagai pendiriannya.

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau berkata kenyataan Dr Haron itu akan memberi kesan kerana kedua-dua parti akan memberi reaksi balas dalam isu berkenaan.

Beliau berkata Dr Haron sepatutnya berunding dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh, Penasihat DAP Lim Kit Siang atau Setiausaha Agung, Lim Guan Eng sebelum membuat kenyataan sedemikian.

Dr Boo berkata kenyataan pemimpin berkenaan mengenai Hudud tidak menggambarkan pendirian DAP kerana ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat telah mempunyai polisi bersama serta manifesto mereka yang telah diumumkan sebelum ini.

Artikel Lain