Bekas Gabenor Bank negara Dr Ali Abul Hassan Sulaiman meninggal Dunia - Semasa | mStar

Bekas Gabenor Bank negara Dr Ali Abul Hassan Sulaiman meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Ali Abul Hassan Sulaiman meninggal dunia di kediamannya di Kemensah Heights di sini pada Isnin akibat komplikasi jantung dan jangkitan paru-paru.

Allahyarham, 71, meninggal dunia pada 4.45 petang.

Jenazah Dr Ali Abul Hassan akan dikebumi di Tanah Perkuburan Kemensah Heights selepas solat Zohor esok.

Ketika dihubungi Bernama, menantu Allahyarham, Mohamed Faruk Rahmatullah berkata Dr Ali Abul Hassan meninggalkan isteri, Puan Sri Jamilah Ali Abul Hassan dan tiga anak, seorang lelaki dan dua perempuan.

Allahyarham adalah gabenor keenam Bank Negara dari tahun 1998 hingga 2000.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu memiliki ijazah Universiti Malaya dalam bidang ekonomi dan sarjana pembangunan ekonomi dari Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 1965 di Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri serta pernah menjadi setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa di Kementerian Kewangan pada 1985. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun

TH cadang letak had dana pendeposit