Guan Eng Dibidas Berhubung Tender Projek RM6.3 Bilion - Semasa | mStar

Guan Eng Dibidas Berhubung Tender Projek RM6.3 Bilion

GEORGE TOWN: Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana memberikan tender bagi projek infrastruktur bernilai RM6.3 bilion kepada sebuah konsortium yang didakwa tidak boleh dipercayai.

Difahamkan ketuanya, H’ng Khoon Leng berkata, mereka begitu marah dan terkejut apabila projek jalan dan terowong bawah laut telah diberikan kepada syarikat usaha sama Malaysia-China iaitu Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd, yang mempunyai modal berbayar RM dan modal dibenarkan sebanyak RM100,000.

Projek-projek itu terdiri daripada terowong dasar laut Gurney Drive-Bagan Ajam sepanjang 6.5 kilometer (km), lebuh raya Gurney Drive-Tun Dr Lim Chong Eu 4.2 km, lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu-Bandar Baru Air Itam 4.6 km, dan jalan menghubungkan antara Tanjung Bungah dan Teluk Bahang 12km.

"Kerajaan negeri menyatakan bahawa modal berbayar bagi pemaju perumahan mesti mencapai 3% daripada jumlah nilai projek itu," kata H'ng pada sidang media di pusat operasi negeri BN pada Ahad.

"Ini adalah satu projek infrastruktur bernilai berbilion ringgit dan beliau (Lim) memberikannya kepada sebuah syarikat dengan modal berbayar RM2. Apa yang dia lakukan?" soal beliau.

Ketua Pemuda Umno Negeri, Dr Shaik Hussein Mydin berkata, mana-mana syarikat perlu menunjukkan bahawa ia adalah mampu dari segi kewangan sebelum terlibat dalam mana-mana projek.

"Kita tahu bahawa Beijing Urban Construction Group (BUCG), merupakan salah satu daripada syarikat pembinaan yang terbesar di China, ia adalah syarikat yang baik.

"Tetapi syarikatyang diberikan projek ini adalah Consortium Zenith, yang mana pemegang saham tempatannya tidak diketahui. Kita tahu mereka mempunyai dua pengarah, tetapi kita tidak tahu siapa mereka," katanya.

Dr Shaik Hussein juga mempersoalkan Lim yang menyerahkan tanah tebus guna seluas 44.51 hektar di Tanjung Pinang kepada syarikat pembinaan itu.

Beliau berkata, sepatutnya tiada tempoh konsesi 30 tahun bagi kutipan tol untuk link ketiga, apabila syarikat itu diberikan tanah itu secara berperingkat.

"Tanah itu adalah RM525 kaki persegi dan kini bernilai RM2.5 bilion.

"Dalam tempoh lima tahun, ia akan bernilai sekurang-kurangnya RM5 Bilion dan pembangunan di atas tanah itu akan memberi syarikat keuntungan sebanyak tiga atau empat kali lebih daripada RM6.3 bilion, menyebabkan mereka mendapat sekurang-kurangnya RM30 bilion.

"Mereka akan mendapat RM8.7 bil lagi sekiranya mereka diberikan konsesi 30 tahun," kata Dr Shaik Hussein.

Beliau menambah, kutipan tol bagi link ketiga, yang dinyatakan Lim sebelum ini bahawa bayaran itu mesti menyamai dengan jambatan kedua Pulau Pinang, bertentangan dengan manifesto Pakatan yang menghapuskan semua bayaran tol.

Pada sidang media berasingan, Lim berkata, Pemuda BN harus memuji kerajaan negeri kerana hanya menawarkan tanah 44.51 hektar untuk projek RM6.5 bilion.

Lim berkata, pentadbiran negeri sebelumnya menawarkan tanah 131.5 hektar untuk projek Lebuhraya Jelutong RM325 juta (kini dinamakan Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu).

"Persoalan saya, mengapa tanah di Jelutong ditawarkan untuk sekitar RM20 setiap kaki persegi apabila ia boleh mencecah nilai RM500 hingga RM600 ketika itu," katanya selepas melancarkan pusat operasi pilihan raya DAP di Jalan Kedah untuk Parlimen Tanjong.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain