suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Iran Didakwa Edar Lebih 6kg Dadah

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Iran pada Selasa dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine lebih 6 kilogram, bulan lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Rafat Manesh Gavhei Mahmood, 31, seorang penganggur, didakwa mengedar dadah seberat 424 gram manakala pertuduhan kedua seberat 6,173 gram.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di tempat sama iaitu di sebuah rumah, No.53, Jalan 5/1C, USJ 5, Subang Jaya, pada 6 pagi, 20 Februari lepas.

Bagi kedua-dua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid, yang kemudiannya menetapkan 28 Mac depan untuk tarikh sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam P. Subhraamaniyum. - BERNAMA

Artikel Lain