Satelit Mikro Kedua, RazakSAT-2 Dilancar 2015 - Semasa | mStar

Satelit Mikro Kedua, RazakSAT-2 Dilancar 2015

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal mempunyai sebuah lagi satelit penderiaan jauh bagi memantau permukaan bumi iaitu RazakSAT-2 yang dijadual dilancar pada 2015.

Ketua pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Dr Mustafa Din Subari berkata program pembangunan RazakSAT-2 dimulakan awal tahun ini dan dijangka mengambil masa selama kira-kira dua tahun lebih untuk disiapkan.

"RazakSAT-2 akan siap sama ada pada penghujung 2014 atau awal 2015 dan merupakan satelit 'remote sensing' yang boleh memberikan imej beresolusi tinggi kepada pengguna imej satelit di dalam negara dan di peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau yang ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke-19 Planetarium Negara di sini, hari ini berkata RazakSAT-2 dibangunkan oleh Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) yang merupakan syarikat perintis dalam pembangunan satelit di Malaysia.

ATSB juga adalah syarikat yang membangunkan program satelit mikro pertama negara, RazakSAT yang telah dilancarkan empat tahun lepas.

Ditanya di mana satelit itu akan dilancar, Mustafa berkata lokasi pelancaran belum ditetapkan dan hanya akan diputus selepas RazakSAT-2 siap.

Pada 9 September 2011, media melaporkan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus mengumumkan kelulusan peruntukan siling RM200 juta khusus bagi meningkatkan program pembangunan satelit negara, dengan menggerakkan program lima tahun RazakSAT-2.

Beliau berkata RazakSAT-2 adalah kesinambungan Program Satelit RazakSAT yang dilancar pada 14 Julai 2009 dan skop teknologi pembangunan RazakSAt-2 adalah untuk menaik taraf keupayaan sistem terutama dari segi perisian dan peralatan satelit.

Satelit penderiaan jauh pertama negara, RazakSAT dilancar di Kwajalein Atoll, Republik Marshall Islands menerusi kenderaan pelancar, Falcon 1 yang dikendalikan Space Explortion Technologies Amerika (SpaceX).

RazakSAT yang dinamakan sempena nama Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein adalah seberat 180 kilogram dan merupakan satelit penderiaan jauh pertama yang mengorbit Khatulistiwa.

RazakSAT membawa kamera resolusi tinggi yang merakam imej dari angkasa untuk pelbagai aplikasi seperti pertanian tepat, memeta lanskap, pencegahan bencana, rancangan rangkaian jalan dan bandar, yang memberi manfaat kepada Malaysia dan negara lain di sekitar garisan Khatulistiwa. -BERNAMA

Artikel Berikut

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini