Tiba Masa Lepas Tugas - Peter Chin

MIRI: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Miri selama enam penggal menyatakan bahawa sudah tiba masanya beliau melepaskan tugasnya itu kepada orang lebih muda pada pilihan raya umum akan datang.

Namun beliau yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata beliau akan terus menerajui parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sehingga penggal beliau tamat.

"Dua puluh enam tahun sebagai Anggota Parlimen adalah tempoh yang cukup lama dan tiba masanya untuk saya menyerahkannya kepada orang yang lebih muda," katanya kepada Bernama semasa menghadiri majlis makan malam anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Sarawak di sini Jumaat malam.

Chin, 67, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sebelum ini mengesahkan nama beliau tiada dalam senarai calon yang dikemukakan partinya kepada pucuk pimpinan BN.

Beliau berkata Setiausaha Politik beliau dan Ketua Komunikasi dan Penerangan SUPP, Datuk Sebastian Ting dicalon untuk menggantikan beliau.

Ditanya sama ada Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak menerima tujuh calon yang dikemukakan SUPP, beliau berkata terpulang kepada Najib untuk mengumumkan senarai calon pada masa yang sesuai.

Pada pilihan raya umum 2008, SUPP menang enam daripada tujuh kerusi kawasan Parlimen yang ditandinginya dan kalah satu lagi kerusi kepada DAP pada pilihan raya kecil Sibu 2010.

Chin juga berkata usaha kementerinnya untuk mendekati rakyat bagi menerangkan polisi kerajaan akan terus teruji dalam pilihan raya tidak lama lagi, terutama berikutan serangan media sosial termasuk alam siber serta stesen radio haram yang memutarbelitkan kebenaran dan melakukan pembohongan mengenai BN.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada sokongan dan bantuan kepada kementerian itu oleh pelbagai agensi termasuk Jabatan Penerangan dalam menyampaikan mesej kerajaan di kawasan beliau. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain