suria

PM Puas Hati Sambutan Hangat Pelancaran BR1M 2.0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berpuas hati dengan sambutan hangat orang ramai pada majlis pelancaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) di Ampang, dekat sini, Sabtu.

"BR1M 2.0 telah dilancar secara rasmi di Ampang/Pandan tengah hari tadi. 7.3 juta telah mendaftar. Sambutan cukup hangat," katanya dalam twitter terbaru beliau.

Pada majlis pelancaran itu, Perdana Menteri turut menyampaikan BR1M kepada 30 penerima sebagai simbolik pelancaran kepada kira-kira 10,000 penerima melibatkan kawasan Parlimen Ampang dan Pandan.

Lebih 10,000 orang menghadiri majlis tersebut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain