suria

Mayat Wanita Dijumpai Di Tepi Jalan Ke Taman Dusun Setia

SEREMBAN: Polis menemui mayat seorang wanita lengkap berpakaian di tepi jalan menghala ke Taman Dusun Setia di kawasan Forest Height awal pagi Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Hamdan Majid berkata mayat mangsa dijumpai pada kira-kira 2 pagi.

"Segala dokumen dan barang milik mangsa didapati berada bersamanya ketika mayatnya dijumpai. Setakat ini, kita tidak tahu punca kematiannya dan kita telah rujuk dengan Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat," katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa yang berumur 48 tahun berasal dari Taman Dusun Setia.

"Saya minta jangan ada spekulasi yang bukan-bukan mengenai penemuan mayat wanita ini, dan kita akan siasat kes ini jika terdapat elemen yang dikaitkan dengan jenayah," katanya. BERNAMA

Artikel Lain