suria

Tony Fernandes, Michelle Yeoh Duta Jenama Malaysia

Tony and Michelle di Malam Malaysia di Davos
Tony and Michelle di Malam Malaysia di Davos
Tony and Michelle di Malam Malaysia di Davos

DAVOS: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Seri Michelle Yeoh dinamakan sebagai Duta Jenama Malaysia di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2013.

Penganjuran 'Malam Malaysia' pada Jumaat iaitu kemuncak penyertaan negara di WEF mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran lebih 1,000 orang, melebihi jangkaan 400 orang.

Majlis yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berjaya memasarkan negara di pentas dunia kerana diyakini Malaysia sememangnya sarat dengan kejayaan, terutamanya melalui transformasi yang besar, khususnya bidang ekonomi yang menjurus ke arah negara berpendapatan tinggi kurang lapan tahun lagi.

Berpuas hati dengan hasil kerja keras memasarkan Malaysia sepanjang forum itu berlangsung, Najib berkata beliau yang dibantu tiga orang menteri kanan telah berjaya menyampaikan "kisah Malaysia" kepada sebahagian besar peserta forum kali ini.

Dianggarkan lebih 3,000 peserta menghadiri forum berprestij itu.

Mesyuarat Tahunan WEF itu berlangsung selama lima hari sehingga 27 Januari ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain