suria

Malaysia Kutuk Serangan Bom Ke Atas Universiti Aleppo, Syria

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk serangan bom ke atas Universiti Aleppo, Syria pada Selasa yang meragut nyawa lebih 80 orang dan mengakibatkan lebih 150 cedera.

Dalam kenyataan di sini pada Khamis, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata keganasan seumpama itu yang dilakukan terhadap orang awam dan (kemusnahan) ke atas institusi pendidikan amat dahsyat, tidak dapat diterima dan bercanggah dengan prinsip sejagat hak asasi manusia dan keamanan global.

Beliau berkata Malaysia mengulangi gesaannya kepada semua pihak di Syria supaya mengambil langkah segera menghentikan pertumpahan darah itu dan menyambung semula dialog politik secara aman dalam menyelesaikan perselisihan mereka.

"Malaysia dengan penuh ikhlas melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa, dan kepada rakyat Syria," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain