suria

Pembangkang Tuntut Pilihan Raya Bersih Dalam Deklarasi KL112

KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) di Stadium Merdeka pada Sabtu berakhir tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul dua petang itu berakhir dengan acara bacaan deklarsi lapan tuntutan kepada kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Menerusi deklarasi yang dibacakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail itu antara lain menggesa kerajaan melaksanakan pilihan raya bersih dan adil.

Tujuh lagi kandungan Deklarasi KL112 ialah:

# Menuntut reputasi dan wibawa Felda di selamatkan.

# Menuntut supaya Sabah dan Sarawak diberikan layanan adil dan setara dengan Semenanjung.

# Menuntut 20 peratus royalti minyak dikembalikan kepada negeri pengeluar petroleum.

# Mengiktiraf dan meningkat profesionalisme kakitangan awam.

# Menuntut alam sekitar yang bersih dan sihat.

# Menuntut agar Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan Bahasa Inggeris dipertingkatkan.

# Menuntut pembebasan tahanan politik.

Artikel Berikut

Artikel Lain