suria

DAP P.Pinang Lancar Kempen P/Raya Umum

GEORGE TOWN: DAP Pulau Pinang telah melancarkan kempen seratus hari menjelang pilihan raya umum ke-13 dengan tema "Aku Sayang Pulau Pinang Yang Baru".

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kempen tersebut telah pun bermula 1 Januari lalu dengan majlis penerangan tentang perubahan positif yang telah dilakukan di negeri itu di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

Kempen seratus hari itu dijalankan dalam pelbagai bahasa dan medium.

“Kami bukan sahaja akan menggunakan media massa tetapi juga internet,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Negeri di Jalan Rangoon pada Khamis.

Artikel Lain