suria

Europlus Meterai Perjanjian Konsesi Lebuh Raya Dengan Kerajaan

KUALA LUMPUR: Kumpulan Europlus Bhd memeterai perjanjian konsesi dengan kerajaan Malaysia bagi projek Lebuh Raya Pantai Barat.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Kumpulan Europlus berkata West Coast Expressway Sdn Bhd (WCESB), anak syarikat 80 peratus syarikat tersebut memeterai perjanjian konsesi dengan kerajaan berkaitan dengan projek tersebut dan perjanjian itu menggariskan terma akhir yang dipersetujui bagi konsesi berkenaan.

"Projek itu melibatkan pembangunan lebuh raya dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak dengan lebuh raya bertol sejauh 233km termasuk lebuh raya sejauh 40km yang akan dibina kemudiannya," kata syarikat itu.

Aktiviti utama Kumpulan Europlus ialah mengeluar dan menjual berbutir dan dan serbuk karbon teraktif serta produk berkaitan.-BERNAMA

Artikel Lain